More

    Tarikh pelancaran dan harga ramalan Google Pixel 4a, Pixel 5 terdedah, bermula ~RM2,392

    Apa lagi yang lebih memuaskan hati selain dari berita mengenai jangkaan harga telefon pintar yang bakal dimiliki. Terkini, tarikh pelancaran dan harga jangkaan untuk Google Pixel 4a dan Google Pixel 5 telah didedahkan oleh sumber tidak rasmi.

    Sehingga kini, pengumuman rasmi yang diketahui adalah Google bakal melancarkan dua peranti ini pada musim luruh (September hingga November). Namun, senarai data dari Vodafone Germany memperlihatkan tarikh pelancaran 25 September 2020 dan varian warna hitam sahaja, tidak seperti berita lepas yang melaporkan ia bakal hadir dengan beberapa pilihan warna.

    Menurut sumber lain, Pixel 5 yang dijangka memiliki cipset Snapdragon 765G dan skrin 90Hz mungkin berharga €630 (~RM3,094), manakala Pixel 4a 5G mungkin berharga €487 (~RM2,392). Terdapat juga sumber yang mendedahkan ramalan harga lebih kurang sama Pixel 4a 5G €499 (~RM2,451) dan Pixel 5 €629 (~RM3,089).

    Rekaan tidak rasmi dari OnLeaks

    Sepintas lalu, kedua-dua peranti dikatakan dijana dengan cipset sama Snapdragon 765G, skrin AMOLED, kamera 12.2MP (lebar + 12.2MP (ultra lebar), kamera swafoto 8MP, masing-masing dengan RAM 8GB, bateri 4000mAh dan RAM 6GB, bateri 3800mAh untuk Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

    Memandangkan kesemua ini hanyalah jangkaan semata-mata, mungkin kita boleh melihat berita yang lebih jelas pada hari akan datang. Adakah anda sedang menanti peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Google Pixel 4a 5G dan Google Pixel 5.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured