More

    Tastebuds di Spotify kini membolehkan anda mengetahui muzik kesukaan rakan anda

    Spotify kini merupakan servis penstriman muzik terbesar di dunia dengan 96 juta pengikut dan 170 juta pengguna. Dengan menyediakan lebih dari penstriman muzik, syarikat berkenaan sentiasa hadir dengan idea untuk menghubungkan orang ramai secara sosial melalui muzik. Terkini, ciri baru Tastebuds pada aplikasi membolehkan pengguna mencari lagu melalui aktiviti menstrim pengguna lain.

    Jane Manchun Wong, pemblog teknologi yang terkenal dengan penemuan pelbagai ciri yang tidak dilancarkan di dalam aplikasi, menemui projek baru Spotify kepada pengguna. Tastebuds dikatakan membenarkan pengguna menyelongkar dan melihat senarai lagu yang didengari rakan mereka. Dari senarai mereka, anda juga boleh menambah lagu tersebut kepada senarai anda. Malangnya, prototaip tersebut hanya tersedia untuk versi komputer. Anda boleh mendapatkannya disini.

    Terdahulu, kita juga telah mendengar berita bahawa Spotify sedang membangunkan prototaip yang bernama Social Listening. Prototaip tersebut membenarkan pengguna membuat senarai lagu live untuk beberapa pengguna menambah lagu ke dalam barisan senarai. Pengguna akan mendapat pengalaman penstriman yang sebenar. Dengan ini, kita dapat melihat usaha Spotify untuk membawa lebih banyak ciri sosial ke dalam aplikasi.

    Mengenai ciri, saya sangat memerlukan fungsi ‘swipe for queue‘ untuk memasukkan lagu dalam barisan senarai. Ciri ini agak eksklusif untuk pengguna iOS dan diharapkan bakal tersedia untuk pengguna Android.

    Beritahu pendapat anda di laman Facebook kami. Nantikan berita aplikasi terkini di TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured