More

    Tayangan filem 007 No Time To Die ditunda sehingga November 2020 akibat COVID-19

    Virus COVID-19 bukan sahaja membuatkan pelbagai acara terpaksa ditangguhkan, malah acara perasmian untuk perfileman juga turut terkesan. Baru-baru ini filem 007 “No Time To Die” yang telah diumumkan oleh MGM, Universal dan Producer Bond, Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli bahawa filem itu akan ditangguhkan hingga November 2020.

    Pengumuman telah dibuat secara rasmi di laman Facebook James Bond 007. Tarikh rasmi untuk pelancaran filem tersebut ialah pada 12 November bermula di U.K dan seterusnya di A.S pada 25 November. Sekali gus akan menjejaskan tarikh tayangan di Malaysia yang sepatutnya telah dijadualkan pada April 2020. Syarikat GSC, TGV dan MBO Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan mengenai tarikh filem itu akan mula ditayangkan.

    Mungkin anda tertanya-tanya apa hubungan antara tayangan filem dan COVID-19? Ini kerana filem pecah panggung seperti ini biasanya akan mengadakan lawatan untuk promosi serta pelancaran pertama filem di setiap negara-negara yang berbeza.

    Selain filem No Time To Die, beberapa lagi filem pecah panggung lain seperti Black Widow serta Fast and Furious 9 juga turut ditangguhkan.

    Agak menyedihkan juga selepas mendapat tahu tentang penangguhan tayangan filem No Time To Die. Apa kata anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured