More

    TCL lancarkan kedai jenama pertama dalam Malaysia, tawarkan promosi serendah RM699

    TCL Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kedai TCL Brand Store pertamanya dalam Malaysia, yang terletak di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor dengan kerjasama Vivid Concepts. Pelancaran kedai ini diharap akan memudahkan para pelanggan alami sendiri keunikan teknologi produk TCL.

    Antara produk yang akan ditawarkan dalam kedai baharu ini termasuklah televisyen besar 115C7K Premium QD-Mini LED TV berukuran 115 inci yang menampilkan teknologi all-domain halo control dan panel CrystGlow HVA untuk hasilkan imej yang cantik. Televisyen QD-Mini LED ini turut ditawarkan dalam saiz 85″, 75″ dan 65″.

    Untuk pelanggan yang inginkan kualiti imej lebih tinggi, 98C8K Premium QD-MiniLED TV menampilkan panel CrystGlow WHVA dan sistem audio Bang & Olufsen. Ia turut mempunyai ciri-ciri yang penting untuk gamer seperti kadar segar semula setinggi 144Hz, kadar VRR 288Hz dan mod TCL Game Master.

    TCL turut memaparkan kelengkapan rumah lain seperti penghawa dingin FreshIN 3.0, peti sejuk Free Built-IN dan mesin basuh TWD105-C31DG.

    Sempena pembukaan kedai ini, pelanggan boleh dapatkan promosi khas di kedai sahaja dengan harga serendah RM699. Promosi ini akan berlangsung sehingga 2 Jun 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedai TCL dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...