More

    TCL perkenal RayNeo Air 3s & 3s Pro – Kacamata AR dengan paparan setanding iPad Pro

    TCL, melalui jenama RayNeo, telah melancarkan dua model kacamata realiti tambahan (AR) terbaharu dengan RayNeo Air 3s dan RayNeo Air 3s Pro di pasaran China. Kedua-dua model ini menampilkan paparan mikro-OLED generasi ke-5.5 yang setanding dengan teknologi paparan terkini iPad Pro.

    RayNeo Air 3s hadir dengan reka bentuk boleh lipat, pad hidung yang boleh dilaras dan lengan bingkai fleksibel sembilan peringkat untuk keselesaan maksimum. Setiap mata dilengkapi dengan paparan mikro-OLED beresolusi 1920 × 1080 piksel dalam mod 2D dan 3840 × 1080 piksel dalam mod 3D.

    Paparan ini menyokong kecerahan puncak sehingga 1200 nits, kadar penyegaran 60Hz dengan pilihan mod 120Hz serta gamut warna 145% sRGB dan 98% DCI-P3. Selain itu, ia mempunyai nisbah kontras 200,000:1 dan ketepatan warna ΔE < 2. Untuk keselesaan mata, kacamata ini menyokong peredupan PWM frekuensi tinggi 3840Hz dan telah menerima pensijilan cahaya biru rendah serta bebas kelipan daripada TÜV Rheinland.

    Daripada segi audio, RayNeo Air 3s dilengkapi dengan sistem stereo empat pembesar suara yang ditala oleh TCL. Ia menyokong 11 tahap pelarasan kelantangan dan termasuk mod “Whisper Mode” untuk pendengaran yang lebih peribadi. Reka bentuk pembesar suara ini bertujuan untuk meningkatkan output frekuensi rendah dan kejelasan vokal.

    Kacamata ini menyokong sambungan terus melalui USB-C dan serasi dengan lebih daripada 1000 peranti termasuk telefon pintar, tablet, komputer riba dan konsol permainan seperti Nintendo Switch. Ia juga boleh digunakan dengan penyesuai HDMI dan PD untuk keserasian yang lebih luas dengan PC dan sistem hiburan rumah.

    RayNeo Air 3s Pro mengekalkan spesifikasi teras yang sama tetapi menambah sistem bunyi sekeliling 3D, pelindung cahaya hadapan dan penyesuai pengecasan dalam kotak. Ia juga dilengkapi dengan teknologi penjajaran visual Eyebox RayNeo yang direka untuk mengoptimumkan kejelasan imej merentasi pelbagai jarak interpupillary.

    Harga untuk RayNeo Air 3s bermula pada 1499 yuan (~RM886) manakala RayNeo Air 3s Pro dijual pada 1599 yuan (~RM945). Belum ada maklumat rasmi mengenai ketersediaan model ini di pasaran Malaysia, namun nantikan kemas kini lanjut daripada TCL jika ia akan tersedia secara global.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: RayNeo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...