More

    TCL sedang bina telefon dengan kamera belakang yang tersembunyi di dalam badan telefon

    Huizhou TCL Mobile Communications telah mendaftarkan sebuah paten dengan China National Intellectual Property Administration (CNIIPA) di mana ia melibatkan rekaan telefon pintar yang dilengkapi kamera lutsinar yang berada di bawah skrin dan badan telefon.

    Paten yang diluluskan pada 25 Ogos itu menunjukkan bahagian belakang telefon yang langsung tidak mempunyai lensa kamera. Jika dilihat dari bahagian sisi, keseluruhannya adalah nipis namun ia tebal sedikit di bahagian atas, jadi ini mungkin menempatkan modul kamera yang berada di dalam badan telefon tersebut.

    Telefon ini mungkin mempunyai teknologi yang serupa dengan OnePlus Concept One, di mana permukaan belakang adalah gelas yang boleh berubah warna dan menyembunyikan kamera. Teknologi seperti ini telah pun digunakan dalam industri penerbangan, permotoran dan alat elektronik seperti peti sejuk.

    Kamera swafoto telefon ini pula mungkin akan berada di bawah skrin hadapan. Perlu diingat bahawa pendaftaran paten sahaja tidak bermakna telefon ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured