More

    TCL tampil dengan TV QD-Mini LED dan peralatan rumah pintar baharu untuk pasaran Malaysia

    TCL Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran rasmi barisan produk baharu bagi tahun 2025. Barisan produk ini merangkumi televisyen QD-Mini LED, penyaman udara pintar, peti sejuk beku terbina dalam dan mesin basuh yang dilengkapi teknologi terkini.

    Antara produk utama yang mencuri tumpuan ialah TV LED C8K Premium QD-Mini iaitu model flagship dengan teknologi All-domain Halo Control yang menawarkan kawalan pencahayaan ultra tepat menerusi 3840 zon peredupan, cip pemancar cahaya berkuasa tinggi dan rekaan Virtually ZeroBorder.

    Ia direka hampir tanpa bingkai dan turut dilengkapi panel CrystalGlow WHVA berkontras tinggi 7000:1 serta filem anti-silau 0.5%. Saiz ultra besar 115 inci turut diperkenalkan menerusi model C7K. Daripada segi audio, TCL menjalin kerjasama dengan Bang & Olufsen untuk menawarkan sistem bunyi yang menyaingi kualiti visual premium.

    Turut diperkenalkan ialah penyaman udara FreshIN 3.0 yang dilengkapi sistem penapisan empat lapisan, kawalan suara tanpa talian, dan algoritma AI T-AI untuk penjimatan tenaga hingga 37%. Dengan kadar aliran udara tinggi dan tahap kebisingan hanya 16dB, ia memberi pengalaman sejuk yang senyap dan sihat.

    Fungsi visualisasi kualiti udara serta teknologi Gentle Breeze menjadikannya ideal untuk keluarga moden yang mementingkan keselesaan dan kesihatan. Dalam kategori peti sejuk pula, TCL membawakan rekaan Free Built-In dengan integrasi licin ke dalam kabinet dapur moden.

    Ia disokong teknologi T-Fresh untuk menghapuskan 99.99% bakteria dan sistem Pure Air yang mengekalkan bau segar. Zon boleh ubah suai turut ditawarkan untuk pertukaran antara fungsi penyejukan dan pembekuan. Teknologi Twin Eco Inverter membantu menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan kestabilan suhu.

    Pelancaran kali ini turut menyaksikan TCL mengumumkan kerjasama strategik sebagai Rakan Rasmi Global bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik dalam kategori peralatan audiovisual dan peralatan elektrik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TCL Malaysia di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured