More

    Team 52 rangkul Kejuaraan PMNC Malaysia Fall 2025, sah ke PMSL SEA Fall bersama AZ Slumber

    Kejohanan PUBG MOBILE National Championship (PMNC) Malaysia Fall 2025 melabuhkan tirai dengan Team 52 sebagai juara manakala AZ Slumber naib juara. Kedua-dua pasukan ini secara rasmi melayakkan diri ke kejohanan PUBG MOBILE Super League (PMSL) SEA Fall 2025 yang akan berlangsung di Thailand.

    Lebih 1,000 pasukan dari pelbagai kampus dan organisasi amatur seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Sepuluh pasukan terbaik mara ke Grand Final dan berentap dengan pasukan ternama seperti MAQNA Esports Club (MEC) dan New Era (NWE). AZ Slumber bermula kukuh dan kembali memintas MEC pada hari ketiga untuk muncul sebagai naib juara keseluruhan.

    Team 52 pula bangkit daripada kedudukan lima teratas dan mencatat pencapaian ‘Smash Rule’ pada hari terakhir. Mereka dinobatkan sebagai juara buat kali kedua dengan barisan baharu termasuk KIDDO dan MANZY (bekas pemain MEC) serta HELTON (bekas Homebois).

    RILL, bekas pemain TODAK yang kini bersama MEC dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) musim ini meskipun pasukannya gagal ke PMSL. PMNC MY Fall 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE dengan TECNO sebagai rakan rasmi menerusi telefon pintar POVA 7 Ultra 5G.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured