More

    TechLife Pad Plus 12″ LTE akan dilancar di Malaysia pada 30 Oktober 2025

    Jenama peranti mampu milik TechLife mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tablet TechLife Pad Plus 12″ LTE pada hari Khamis, 30 Oktober 2025. Tablet ini direka khas untuk para pengguna yang mencari tablet 12 inci yang dijual pada harga mampu milik.

    Tablet ini mempunyai skrin berukuran 12 inci dengan resolusi 2K yang boleh memaparkan sebarang kandungan visual dengan warna yang terang dan cantik. Ia turut mempunyai empat pembesar suara stereo yang boleh menghasilkan audio lantang.

    TechLife tidak memperincikan kapasiti baterinya, namun mereka mengatakan baterinya boleh bertahan selama sehari penuh. Ia turut mempunyai pelbagai fungsi yang dikhaskan untuk multi-tugas dan kreativiti.

    Selain itu, tablet ini mempunyai storan yang boleh dibesarkan, mungkin dengan kad memori microSD. Setakat ini, spesifikasi penuh untuk Pad Plus 12″ LTE masih belum diketahui.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured