More

    Tecno bakal umumkan anjing robot dan konsol pegang tangan di MWC 2024

    Tecno secara rasmi mengesahkan kehadirannya di MWC (Mobile World Congress) di Barcelona pada akhir Februari ini. Mereka akan memperkenalkan barisan produk baharu termasuk telefon pintar Pova baharu, anjing robot, set permainan AR, cermin mata AR dan konsol pegang tangan Windows.

    Tecno juga akan mempamerkan sekali lagi teknologi Universal Tone yang diperkenalkan pada tahun lalu dan telefon konsep boleh lipat Phantom Ultimate. Tecno Pova 6 Pro 5G akan menjadi telefon baharu yang dibina untuk ketahanan super dan hiburan yang dioptimumkan. Namun, kenyataan akhbar tersebut tidak mendedahkan sebarang spesifikasi.

    Selain itu, komputer riba Megabook T16 Pro 2024 Ultra dengan cip Intel Core Ultra terkini yang direka untuk mengoptimumkan AI bakal ditunjukkan. Menariknya, Tecno juga ingin mengumumkan anjing robot yang dipanggil Dynamic 1. Ciri realistiknya diilhamkan oleh German Shepherd dan robot itu akan mempunyai algoritma lanjutan serta penderia berkuasa.

    Tecno Pocket Go pula ialah konsol pegang tangan Windows pertama Tecno dan pengacah menjanjikan ia akan ringan dan mudah alih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured