More

    TECNO Camon 40 Pro 4G dilancar di Malaysia: Skrin AMOLED 120Hz, kamera 50MP dan IP68/69 berharga RM899

    TECNO secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu dengan TECNO Camon 40 Pro 4G dalam pasaran Malaysia. Ia hadir dengan skrin AMOLED melengkung bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta resolusi 1080 x 2436 piksel.

    TECNO Camon 40 Pro 4G dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Daripada segi fotografi, peranti ini menampilkan sistem dwi-kamera di bahagian belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-700C yang dilengkapi dengan penstabilan imej optikal (OIS).

    Ia turut disertakan dengan lensa ultra lebar 8MP manakala kamera hadapannya pula mempunyai resolusi 50MP. Bateri berkapasiti besar 5200mAh memastikan ketahanan sepanjang hari dengan sokongan pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Tambahan, telefon ini dilengkapi dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos, pemancar inframerah (IR blaster), NFC dan perlindungan kalis air serta debu dengan penarafan IP68/69.

    Sistem operasinya menjalankan Android 15 dengan antaramuka HiOS 15 yang menawarkan pelbagai ciri pintar dan kemas kini terbaharu. Salah satu ciri menarik pada peranti ini adalah butang FlashSnap satu sentuhan yang membolehkan pengguna mengambil gambar dengan lebih pantas serta sokongan untuk fotografi bawah air.

    Spesifikasi TECNO Camon 40 Pro 4G:

    • Cipset MediaTek Helio G100 Ultimate
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Paparan AMOLED 6.78-inci melengkung dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080 x 2436 piksel
    • Kamera belakang utama 50MP Sony LYT-700C dengan OIS dan ultra lebar 8MP
    • Kamera hadapan 50MP
    • Bateri berkapasiti 5200mAh dengan sokongan pengecasan 45W melalui port USB-C
    • Ciri-ciri lain: Pembesar suara stereo Dolby Atmos, pemancar inframerah (IR blaster), NFC, penarafan kalis air dan debu IP68/69, butang FlashSnap satu sentuhan, fotografi bawah air serta ciri-ciri AI TECNO
    • Sistem operasi Android 15 dengan antara muka HiOS 15
    • Pilihan warna: Galaxy Black dan Emerald Lake Green
    • Harga: RM899

    TECNO Camon 40 Pro 4G tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Galaxy Black dan Emerald Lake Green. Peranti ini menawarkan pelbagai spesifikasi menarik pada harga mampu milik RM899. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured