More

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya 6.39mm

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat masa ini, harga serta ketersediaan masih belum diumumkan. Menariknya, peranti hanya menyokong rangkaian 4G LTE yang memberi bayangan ia mungkin ditawarkan untuk pasaran terpilih.

    Tarikan utama Camon 50 Slim semestinya pada rekaan ultra nipis dengan ketebalan hanya 6.39mm digabungkan dengan binaan badan melengkung untuk penampilan yang lebih premium dan selesa dipegang. Pada bahagian belakang, Tecno turut menambah sistem LED sekunder yang disepadukan pada modul kamera.

    Ia berfungsi bersama ciri AI Mood Light yang menggunakan 354 mini-LED dengan pelbagai kesan pencahayaan untuk notifikasi dan interaksi visual. Walaupun nipis, telefon masih dimuatkan dengan bateri 5,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 60W. Tecno turut mendakwa bateri tersebut direka untuk mengekalkan ketahanan penggunaan sehingga lima tahun.

    Ciri lain yang ditawarkan termasuk pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, NFC, pemancar inframerah (IR blaster), penarafan kalis air dan debu IP68 + IP69, pensijilan ketahanan bertaraf tentera, serta sokongan microSD sehingga 2TB. Untuk pilihan warna, Tecno menawarkan New Mondrian, Prism Black, Jungle Green, Van Gogh Blue dan Burgundy Red.

    Dengan kombinasi badan ultra nipis dan bateri besar, Camon 50 Slim nampaknya cuba tampil berbeza dalam segmen pertengahan. Cuma persoalan sekarang, adakah 4G masih cukup menarik untuk tahun 2026? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured