More

    TECNO kembangkan ekosistem AI di MWC 2026, CAMON 50 dan POVA 8 jadi tumpuan

    Di MWC 2026, TECNO memperkenalkan barisan produk baharu dengan fokus jelas kepada pembangunan ekosistem pintar bersepadu berasaskan AI. Pada acara itu, TECNO turut mengumumkan kerjasama strategik bersama Tonino Lamborghini bagi memperluas penawaran peranti berprestasi tinggi.

    Pelancaran kali ini menampilkan dua siri telefon pintar utama iaitu siri CAMON 50 dan siri POVA 8, selain barisan penuh peranti AIoT. Langkah ini sebagai peralihan daripada fungsi AI tunggal kepada pendekatan “sambungan pintar menyeluruh” yang menghubungkan telefon, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai dalam satu ekosistem.

    Bagi segmen pengimejan, siri TECNO CAMON 50 memberi tumpuan kepada peningkatan fotografi berasaskan AI. Ia menggabungkan perkakasan gred profesional dengan pemprosesan imej AI. Sistem ini turut disokong AI Toolkit dan pembantu suara Ella yang menjadikannya bukan sekadar peranti kamera tetapi juga alat produktiviti harian berasaskan AI.

    Untuk segmen prestasi, siri TECNO POVA 8 diperkenalkan dengan model utama TECNO POVA CURVE 2 5G. Peranti ini menampilkan bateri 8000mAh, badan setebal 7.42mm, paparan AMOLED melengkung 144Hz, cip MediaTek Dimensity 7100 5G dan penarafan perlindungan IP64. Selain telefon pintar, TECNO turut mempamerkan ekosistem AIoT yang dinaik taraf sepenuhnya.

    Antara produk yang dipertontonkan termasuk siri komputer riba TECNO MEGABOOK, tablet TECNO MEGAPAD yang akan datang, fon kepala True 2 dan FreeHear 2, jam tangan GT 1S serta siri Cermin Mata AI. Dalam aspek kerjasama strategik, TECNO mengumumkan pelancaran produk bersama Tonino Lamborghini.

    Produk pertama ialah Tonino Lamborghini TECNO TAURUS (MEGA MINI G1 Pro) iaitu sebuah PC permainan berpendingin air yang didakwa sebagai antara yang terkecil dalam kelasnya. Ia memfokuskan kepada prestasi tinggi dalam reka bentuk kompak minimalis.

    TECNO juga mempamerkan beberapa teknologi konsep termasuk penyelesaian pengembangan magnet modular yang menyokong bateri dan kanta boleh ganti, ekosistem permainan POVA serta teknologi Edge-Side AIGC yang dibangunkan bersama Arm.

    Secara keseluruhan, penyertaan TECNO di MWC 2026 memperlihatkan hala tuju strategik dalam membina ekosistem terhubung pintar yang mengintegrasikan AI, ketersambungan dan reka bentuk berprestasi tinggi untuk pasaran global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...