More

    TECNO lancar siri Slim di IFA 2025 – Telefon pintar paling nipis di dunia

    TECNO memperkenalkan siri TECNO Slim di IFA 2025 dengan dua model baharu iaitu SPARK Slim (4G) setebal hanya 5.93mm dan POVA Slim (5G) pada 5.95mm yang menjadikannya antara telefon pintar paling nipis di dunia. Kedua-dua hadir dengan paparan melengkung 3D AMOLED, bateri 5160mAh dengan pengecasan pantas 45W dan pensijilan ketahanan gred ketenteraan.

    Untuk mencapai reka bentuk ultra nipis, TECNO merombak semula lapan modul utama termasuk bateri, pembesar suara dan slot SIM selain memperkenalkan penyambung USB-C tunggal 0.45mm yang diinspirasikan daripada telefon lipat. Dengan teknologi Honeycomb Stacking, ruang dalaman lebih cekap sehingga 12%.

    Badan telefon diperbuat daripada fiberglass gred aeroangkasa 0.36mm yang 300% lebih kuat manakala bahagian depan dilindungi Corning Gorilla Glass 7i dengan penarafan IP64. Bateri 5160mAh ini direka hanya 4.04mm tetapi mampu mengekalkan 80% kapasiti selepas 2,000 kitaran cas bersamaan lebih lima tahun penggunaan.

    Pengguna boleh mendapat sehingga 28 jam penggunaan dalam satu cas, disokong sistem penyejukan ruang wap dan lapisan grafit. Daripada segi prestasi, SPARK Slim menggunakan cip Helio G200 manakala POVA Slim dipacu MediaTek Dimensity 6400 5G+. Kedua-duanya menawarkan paparan 1.5K, 144Hz dengan kecerahan puncak 4,500 nits.

    Menambah tarikan unik, siri Slim hadir dengan Mood Light berbentuk dua “mata” di belakang untuk animasi notifikasi disertakan ciri pintar AI TECNO seperti terjemahan masa nyata, Circle-to-Search, pembantu digital Ella AI dan HiOS berasaskan Android 15 dengan NFC serta FreeLink.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tecno

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...