More

    Tecno Phantom V Flip bakal dilancar: Skrin penutup bulat dengan susunan kamera berbentuk ‘O’

    Tecno telah memperkenalkan telefon pintar lipat yang dikenali sebagai Tecno Phantom V Fold. Kini, syarikat itu bersiap sedia untuk mengeluarkan Phantom V Flip berkonsep kulit kerang. Nampaknya, pengeluar aksesori telah mula menjual produk untuk telefon ini memberikan gambaran mengenai reka bentuknya.

    Telefon pintar Tecno yang akan datang akan mempunyai paparan penutup bulat dengan dwi-kamera dan lampu flash. Susunan kameranya berlainan dengan kebanyakan telefon lain di sisi pulau kamera berbentuk ‘O’. Ia mungkin membawa butang kuasanya rata yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari, satu kamera swafoto dan bahagian bawah peranti akan mempunyai port USB-C.

    Perlu diingatkan bahawa semua gambar ini adalah hasil rekaan berdasarkan skematik. Tecno pasti memberikan lebih banyak butiran mengenai Phantom V Flip yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vopmart

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured