More

    Tecno Phantom V Flip dilancar: Dimensity 8050, skrin luar bulat 1.32″ berharga ~RM2,823

    Tecno baru sahaja memperkenalkan Phantom V Flip iaitu telefon pintar boleh lipat kulit kerang pertama syarikat itu. Ia mempunyai skrin OLED luaran bulat dengan dua kamera dan denyar LED pada bahagian gelang di luarannya manakala bahagian menggunakan paparan LTPO AMOLED boleh lipat 6.9 inci.

    Phantom V Flip dikuasakan oleh cipset Mediatek Dimensity 8050 dengan CPU okta-teras yang mencecah sehingga 3.0GHz. Ia diumumkan dengan storan 256GB dan RAM 8GB yang boleh dikembangkan sehingga 12GB melalui ciri perisian Memori Lanjutan.

    Panel boleh lipat 22:9 menyokong kadar penyegaran 120Hz dan mencapai kecerahan 1,000 nits. Paparan luaran 1.32 inci menawarkan beberapa widget dengan menyediakan pemberitahuan dan boleh digunakan sebagai pemidang tilik (viefinder) untuk merakam swafoto dengan kamera utama.

    Kamera utamanya 64 MP dengan sensor 1/1.73”, lensa apertur f/1.7 dan PDAF serta ultra lebar 13MP yang juga mempunyai autofokus. Kamera bahagian dalam terletak di dalam lubang tebuk dan mempunyai sensor 32MP.

    Apabila dibuka, peranti ini mempunyai ketinggian 171 mm manakala 7mm tebal dan Tecno meletakkan bateri 4,000 mAh yang menyokong pengecasan berwayar 45W dengan palam pengecas dalam kotak runcit memerlukan. Peranti ini memerlukan 15 minit mengecas sehingga 50% bateri.

    Tecno Phantom V Flip menampilkan pembantu peribadi dipanggil EllaGPT yang membawakan “ciri pintar” seperti Google, Siri, Bixby atau Celia. Telefon ini tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Hitam dan Ungu. Harga semasa pengumuman ialah INR49,999 (~RM2,823).

    Kongsi pendapat anda tentang Tecno Phantom V Flip di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...