More

    TECNO POP 6 dilancar: Skrin 6.1 inci, bateri 5,000mAh, 2 kamera berharga ~RM571

    Baru-baru ini, TECNO telah pun melancarkan telefon pintar andalannya untuk pasaran Malaysia dan kini syarikat itu telah memperkenalkan telefon kelas permulaan baharu di pasaran antarabangsa iaitu TECNO POP 6.

    Telefon ini menampilkan skrin LCD berukuran 6.1 inci dengan resolusi HD+ (720×1560) dan di bahagian atas skrin terdapat takuk (notch) berbentuk titisan air yang menempatkan kamera selfie.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTke MT6739WA, bateri 5,000mAh, RAM 3GB dan storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Kameranya terdiri daripada dwi-kamera belakang 5MP dan kamera swafoto 5MP.

    Ia turut dilengkapi sistem operasi Android 11, sokongan dwi-kad SIM, pengimbas cap jari di belakang dan bicu audio 3.5mm. Warnanya terdiri daripada biru Sea Blue, Sky Blue dan hijau Lime Green.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured