More

    Tecno Pop 8 rasmi dengan Dynamic Port, paparan 90Hz dan bateri 5,000 mAh

    Hari ini, Tecno hadir dengan telefon peringkat permulaan baharu dalam siri Popnya dengan Tecno Pop 8. Peranti ini datang sebagai pengganti Pop 7 yang menawarkan paparan 90Hz, kamera yang lebih baik serta lebih banyak RAM dan storan daripada pendahulunya. Pop 8 dilengkapi dengan LCD 6.6 inci dengan resolusi 720p dan kadar penyegaran 90Hz.

    Terdapat kamera swafoto 8MP yang ditempatkan di dalam potongan lubang tebuk. Tecno juga membawakan Dynamic Port yang menggunakan kawasan sekitar potongan lubang tebuk dengan pemberitahuan, status pengecasan serta panggilan.

    Bahagian belakang menempatkan kamera utama 13MP bersama kamera AI. Bulatan ketiga menempatkan denyar LED dan menariknya terdapat denyar kedua yang lebih kecil di atas denyar tersebut. Ia dilengkapi cipset Unisoc T606, RAM 3/4GB dan storan 64/128GB yang boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD.

    Bahagian perisian menggunakan Android 13 (edisi Go) manakala bateri berkapasiti 5,000 mAh dan menyokong pengecasan 10W. Tecno Pop 8 hadir dalam warna Mystery White, Alpenglow Gold, Magic Skin dan Gravity Black. Harga dan ketersediaan masih belum diumumkan secara rasmi oleh Tecno.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Tecno Pop 8 terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Tecno

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured