More

    Tecno sedia umum telefon tiga lipatan Phantom Ultimate G Fold pertengahan Julai ini

    Hampir setahun selepas memperkenalkan telefon konsep tiga lipatan pertama, Tecno kini bersedia untuk mengumumkan secara rasmi Phantom Ultimate G Fold Concept pada pertengahan Julai ini. Model baharu ini merupakan evolusi kepada Phantom Ultimate 2 yang pernah dipertontonkan di MWC 2025 sebelum ini.

    Rekaan G Fold tampil dengan mekanisme lipatan ke dalam menyerupai pendekatan yang dijangka digunakan Samsung pada model tri-lipatnya kelak. Pendekatan ini membolehkan skrin utama dilindungi sepenuhnya apabila dilipat dan mengurangkan risiko kerosakan akibat hentakan atau calar.

    Walaupun masih berstatus telefon konsep dan belum bersedia untuk pengeluaran besar-besaran, Tecno mendedahkan beberapa imej awal peranti ini dalam keadaan terlipat dan terbuka. Ia dilengkapi dengan skrin penutup di bahagian kiri serta sistem tiga kamera di bahagian belakang.

    Menariknya, Tecno menjanjikan permukaan paparan yang rata dan lancar apabila dibuka sepenuhnya tanpa lipatan ketara. Ia direalisasikan menerusi lapisan skrin fleksibel khas serta penggunaan komponen engsel bersaiz kecil untuk sistem engsel berkembar. Engsel ini turut menyokong pelbagai sudut lipatan dan posisi formasi yang fleksibel.

    Tecno mendakwa Phantom Ultimate G Fold akan menjadi peranti tri-lipat paling nipis setakat ini mengatasi ketebalan 3.6mm pada Huawei Mate XT Ultimate apabila dibuka. Dalam perkembangan berkaitan, peniris terkenal Ice Universe turut berkongsi lebih banyak imej peranti tersebut dengan memperlihatkan skrin utama yang luas serta rekaan kamera belakang yang kemas.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena|Ice Universe

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured