More

    TECNO Spark 20 Pro+ diumum: Cipset MediaTek G99 Ultimate, RAM 16GB & storan 256GB

    Hari ini, TECNO akhirnya memperkenalkan TECNO Spark 20 Pro+ sebagaimana diiklankan. Harga masih belum diumumkan, tetapi kami mendapat butiran penuh mengenai spesifikasi teknikal dan ciri-cirinya.

    Hadir dalam Temporal Orbits (hitam), Lunar Frost (perak), Radiant Starstream (emas), dan Magic Skin 2.0 Green, Spark 20 Pro+ akan dilengkapi dengan cipset MediaTek G99 Ultimate, RAM sehingga 16GB dan storan 256GB, paparan FHD+ AMOLED 120Hz 6.78 inci, bateri 5000mAh dengan teknologi cas pantas 33W serta beroperasi pada HiOS14 berdasarkan Android 14.

    Selain itu, kamera utama adalah 108MP dengan dwi-flash serta mempunyai zum digital 10x dan zum dalam sensor 3x. Fungsi dwi-flash juga terdapat pada kamera hadapan 32MP dan mengikuti jejak Apple dengan mempunyai Dynamic Port yang menunjukkan mesej dan pemberitahuan lain.

    Terdapat beberapa ciri tambahan juga, termasuk dwi-pembesar suara stereo, penarafan kalis air dan debu IP53 serta sambungan Bluetooth 5.2, USB-C dan NFC. Walau bagaimanapun, Spark 20 Pro+ oleh Tecno tidak menyokong 5G.

    Anda boleh tahu lebih lanjut di laman web rasmi TECNO di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured