More

    TECNO Spark Go 2023 dilancar di Malaysia: Helio A22, bateri 5,000mAh berharga RM299

    TECNO Malaysia telah mengeluarkan telefon pintar bajet baharu untuk pasaran tempatan iaitu TECNO Spark Go 2023. Peranti ini menampilkan beberapa spesifikasi kompetitif pada harga yang rendah. Spark Go 2023 dilengkapi oleh cipset MediaTek Helio A22, RAM 4GB (memori tambahan 3GB) dan storan 64GB. 

    Terdapat juga bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 10W melalui port USB-C. Paparannya menggunakan skrin LCD IPS 6.6 inci dengan resolusi 720 x 1600 piksel dan takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Bahagian belakang pula terdapat kamera AI 13MP dengan denyar dwi-LED. 

    Spesifikasi lain termasuk dwi SIM, pengimbas cap jari yang dipasang di belakang, slot kad mikroSD, bicu audio 3.5mm dan Android 12 menggunakan antara muka HIOS 12. Di Malaysia, Spark Go 2023 ditawarkan dalam pilihan warna Uyuni Blue, Endless Black dan Nebula Purple dengan harga RM299 sahaja. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, sila lawati laman rasmi TECNO Malaysia di sini dan membelinya di Shopee atau Lazada. Kongsi pendapat anda tentang Spark Go 2023 di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...