More

    Telefon andalan OnePlus 2021 mungkin diberi nama OnePlus 888!

    Beberapa hari yang lepas, Qualcomm telah melancarkan cipset andalan generasi baru iaitu Snapdragon 888 di acara Qualcomm Tech Summit 2020. Qualcomm menjelaskan bahawa mereka memberikan nama Snapdargon 888 berbanding Snapdragon 875 kerana 888 adalah nombor bertuah yang terkenal di negara China. Nombor 8 melambangkan infiniti, kejayaan and kebijaksanaan.

    Sejurus itu, CEO Oneplus, Liu Zuoho menyatakan di media sosialnya bahawa OnePlus akan meraikan hari jadi ke 8 pada tahun hadapan sejak ditubuhkan pada tahun 2013. Liu Zuoho kemudiannya menanyakan apa pendapat peminat OnePlus jika telefon andalan OnePlus terbaru diberi nama OnePlus 888.

    Ini tidak bermakna bahawa nama OnePlus 9 akan ditukar ke OnePlus 888. Namun, selalunya jika syarikat China menanyakan sesuatu pada peminatnya, mereka betul-betul memikirkan tentang perkara tersebut.

    Telefon andalan terbaru dari OnePlus dijangka akan dilancarkan lebih awal pada bulan Mac tahun hadapan.

    Bagaimana dengan nama OnePlus 888 ini? Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured