More

    Black Shark 3S dilancarkan: cipset Snapdragon 865, skrin 120Hz bermula ~RM2430

    Selepas hanya beberapa bulan Black Shark 3 dilancarkan, kini Black Shark 3S pula dilancarkan di China. Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu Skyfall Black dan Crystal Blue.

    Black Shark 3S menggunakan cipset flagship Qualcomm iaitu Snapdragon 865 serta memori jenis UFS 3.1. Peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, touch sampling rate 270Hz, kadar respons 17ms dan menyokong HDR10+.

    Black Shark 3S juga dilengkapi dengan ciri istimewa seperti Game Engine dan Tencent SolarCore yang dapat menambahbaik pengalaman gaming pada telefon ini. Telefon ini mempunyai tiga kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 13MP dan sensor kedalaman 5MP, serta satu kamera swafoto 20MP. Ia juga masih kekalkan bicu audio 3.5mm kegemaran ramai yang sukar ditemui pada peranti flagship masa kini.

    Reka bentuk telefon ini hampir sama dengan peranti Black Shark yang lepas dengan berat 222g dan modul segitiga simetri pada bahagian belakang dan pin pengecas magnet. Black Shark 3S menggunakan antara muka Joy UI 12 atas Android 10 yang dilihat hampir sama dengan MIUI 12 yang digunakan pada peranti Xiaomi. Telefon ini juga mempunyai saiz bateri 4,720 mAh dengan pengecasan pantas 65W serta pengecasan magnet 18W.

    Black Shark 3S dijual di China pada harga ~RM2430 untuk RAM 12GB storan 128GB, ~RM2613 untuk RAM 12GB storan 256GB, dan ~RM2917 untuk RAM 12GB storan 512GB. Adakah Black Shark 3S ini mampu untuk bersaing dengan telefon gaming masa kini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured