More

    Telefon gaming jenama Qualcomm bakal dilancarkan, kerjasama dengan ASUS

    Sejak beberapa tahun yang lalu, pelbagai syarikat teknologi mula menghasilkan telefon gaming seperti ASUS, Black Shark, IQOO dan Nubia. Kini, sumber terkini memberitahu bahawa Qualcomm mungkin juga bakal menghasilkan telefon gamingnya sendiri.

    Qualcomm dikhabarkan akan bekerjasama dengan ASUS untuk menghasilkan dan melancarkan telefon gaming jenamanya sendiri. Ianya juga dikatakan mungkin akan memasuki pasaran seawal hujung tahun ini.

    Dalam kerjasama ini, ASUS dipercayai akan menghasilkan perkakas telefon itu manakala Qualcomm dikatakan bertanggungjawab untuk ‘reka bentuk industri’ dan ‘mengoptimumkan platform Snapdragon 875’.

    Qualcomm bakal melancarkan cipset flagship terbarunya, Snapdragon 875 pada hujung tahun ini dan akan mula digunakan pada suku tahun pertama 2021. Ini bermakna sekiranya telefon gaming Qualcomm ini diumumkan pada hujung tahun ini, ianya berkemungkinan besar akan mula dijual pada awal tahun hadapan.

    Setakat ini tiada lagi sebarang informasi mengenai spesifikasi telefon gaming keluaran Qualcomm dan ASUS ini.

    Adakah anda bakal membeli telefon gaming jenama Qualcomm ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

    Sumber : AndroidAuthority

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured