More

    Telefon kelas pertengahan Sony Xperia 10 II kini boleh dibeli di Malaysia berharga RM1,799

    Peminat telefon pintar Sony Xperia di Malaysia kini boleh memiliki telefon kelas pertengahan terbaru daripada syarikat Jepun itu, Xperia 10 II, bermula hari ini. Pra-tempahan untuk peranti ini telah pun dibuka sejak 17 Jun lalu dan kini pelanggan boleh mendapatkannya pada harga RM1,799.

    Xperia 10 II menampilkan skrin OLED yang lebar berukuran 6 inci dengan nisbah aspek 21:9 dan dibuat daripada Corning Gorilla Glass 6. Selain itu, ia turut dilengkapi tiga kamera di belakang termasuk kamera utama 12MP, rating kalis air IP65/IP68 dan mempunyai berat yang agak ringan pada 151 gram sahaja.

    Kami sudah pun mengulas Xperia 10 II sebelum ini dan kami dapati peranti ini amat sesuai dimiliki oleh mereka yang inginkan telefon ringan serta mudah digunakan untuk kebanyakan tugas. Anda boleh baca ulasan penuh kami di sini.

    Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut tentang telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli Xperia 10 II dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured