More

    Telefon mesra poket Samsung Galaxy A02s dengan skrin 5.7 inci, 2 kamera bakal hadir di pasaran

    Selain daripada kemunculan telefon pintar flagship dan kelas pertengahan yang lebih menarik perhatian pengguna, Samsung turut mengeluarkan telefon kelas permulaannya dengan konsisten. Terkini, telefon mesra poket Samsung Galaxy A02s dilapor akan tersedia dalam masa terdekat.

    Kehadiran Samsung Galaxy A02s ini diperlihatkan melalui senarai kelulusannya di National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC). Melalui senarai ini, peranti dilihat bakal hadir dengan sokongan dwi-SIM dan 4G LTE.

    Penyenaraiannya di Geekbench pula memaparkan beberapa spesifikasi seperti cipset Qualcomm dengan teras 1.8GHz Octa-Core, tetapi masih tidak diketahui nama cipset tersebut. Berkemungkinan ianya adalah Snapdragon 460. Ia juga hadir dengan RAM 3GB.

    Menurut ura-ura pula, ia bakal hadir dengan skrin HD+ 5.7 inci dengan dua kamera belakang 13MP + 2MP sensor kedalaman dan kamera swafoto 5MP. Samsung Galaxy A02s dijangka hadir pada bulan November.

    Samsung Galaxy A01

    Apakah pandangan anda mengenai peranti kelas permulaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured