More

    Telefon “Mid-Range” Android Terbaik di Malaysia 2025!

    Pejam celik, tahun 2025 kini semakin hampir kepada penghujungnya dan ia menyaksikan pembangunan yang semakin rancak dalam industri telefon pintar tempatan. Pelbagai jenis teknologi mula diperkenalkan pada tahun ini termasuklah lebih banyak fungsi-fungsi kecerdasan buatan (AI) yang inovatif, kapasiti bateri lebih besar dan banyak lagi.

    Untuk kategori telefon pintar kelas pertengahan (mid-range smartphones), ia mungkin tidak menerima teknologi tercanggih dalam pasaran waktu ini seperti yang terdapat pada telefon andalan (flagship phones), namun harganya yang lebih mampu milik bermaksud ia mempunyai tarikan yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna. Malah, model telefon yang paling laris di seluruh dunia setiap tahun biasanya adalah telefon kelas pertengahan.

    Dalam artikel ini, kami akan senaraikan lima telefon pintar Android kelas pertengahan yang kami rasakan adalah yang terbaik dilancar dalam pasaran Malaysia pada tahun ini, bagi membantu anda membuat pilihan pembelian dengan lebih maklumat yang lebih jelas. Tanpa membuang masa lagi, ayuh lihat pilihan kami:

    Nothing Phone (3a) Pro

    Tahun ini menyaksikan Nothing meluaskan lagi rangkaian produknya dalam kategori telefon pertengahan dengan melancarkan Nothing Phone (3a) Pro, bermula RM1,999. Jika anda mahukan ciri-ciri flagship dalam Nothing Phone (3) seperti NothingOS, Glyph Interface dan rekaan lutsinar namun anda tidak mempunyai banyak wang, Phone (3a) Pro adalah pilihan yang baik.

    Anda akan menerima NothingOS yang serupa dengan telefon flagship Phone (3), lampu Glyph Interface (walaupun ia hanya mempunyai tiga lampu sahaja) dan rekaan lutsinar yang sinonim dengan produk-produk Nothing. Satu lagi ciri menarik adalah Phone (3a) Pro merupakan telefon Nothing pertama yang dilengkapi kamera telefoto bagi menawarkan prestasi zum optikal 3x dan zum digital sehingga 60x.

    Pada harga ini, saya boleh katakan bahawa Nothing Phone (3a) Pro adalah telefon dengan rekaan yang sangat unik dan fungsi-fungsinya pula lengkap untuk kegunaan harian.

    Samsung Galaxy A56 5G

    Siri telefon Galaxy A bukan lagi siri yang asing dalam kalangan pengguna kerana setiap tahun, jutaan orang seluruh dunia membeli telefon Galaxy A kerana sifatnya yang seimbang antara harga dan spesifikasi yang ditawarkan. Dalam beberapa model Galaxy A yang ditawarkan pada tahun ini, saya berpendapat Samsung Galaxy A56 5G (bermula RM1999) adalah yang paling berbaloi.

    Anda boleh menikmati skrin AMOLED yang sangat cantik dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Exynos 1580 yang pantas untuk kebanyakan penggunaan harian dan kualiti kamera yang cantik dalam kebanyakan situasi (walaupun kualiti zum tidak bagus kerana ia tidak mempunyai kamera telefoto). Satu lagi ciri yang membuatkan telefon ini sangat berbaloi adalah ia akan menerima kemas kini Android utama selama enam tahun, lebih lama berbanding kebanyakan telefon kelas pertengahan Android yang lain.

    "
    "

    Walau bagaimanapun, isu jelas pada telefon ini adalah kadar pengecasan 45W yang agak rendah jika dibandingkan dengan telefon jenama lain yang dijual pada harga serupa. Malah pengecas pun tiada dalam kotak! Selain itu, rekaannya juga nampak asas dan serupa seperti ribuan telefon lain dalam pasaran sekarang.

    vivo V60

    Anda mahukan telefon kelas pertengahan yang utamakan prestasi kamera? vivo V60 yang dijual pada harga bermula RM1,999 adalah pilihan yang sesuai. Ia mempunyai kebanyakan spesifikasi yang boleh dijangka untuk telefon kelas pertengahan, namun kameranya mempunyai teknologi Zeiss yang boleh hasilkan gambar dengan warna yang cantik seperti siri telefon flagship vivo X.

    Dengan kamera Zeiss, ia boleh ambil gambar portret dengan efek bokeh yang unik dan pilihan tona warna yang sinematik. Untuk situasi malap, anda boleh gunakan Aura Light untuk cerahkan wajah subjek anda dengan lembut, tanpa perlu bergantung kepada lampu flash yang selalunya terlalu terang.

    Selain itu, ia turut mempunyai kamera telefoto Zeiss yang menyokong zum digital sehingga 100x, serupa seperti siri vivo X200 yang jauh lebih mahal. Ini juga bermaksud anda boleh ambil gambar potret dengan jarak fokal yang pelbagai.

    Daripada segi rekaan, vivo X60 mempunyai pilihan warna yang menarik seperti ungu, kelabu dan biru muda. Perlu diingati bahawa ia mempunyai skrin dengan bahagian sisi yang melengkung (curved), jadi itu mungkin akan mempengaruhi keputusan anda.

    realme 15 Pro

    Satu telefon yang menarik perhatian kami pada tahun ini adalah realme 15 Pro yang dijual pada harga bermula RM1,799. Ia bukan sahaja dilengkapi spesifikasi telefon kelas pertengahan yang lengkap, malah ia menampilkan satu ciri yang sangat menarik iaitu AI Edit Genie.

    Dengan fungsi ini, anda boleh sunting sebarang gambar anda dengan menggunakan arahan suara sahaja dan setakat ini tidak ada telefon lain yang mempunyai fungsi seperti ini. Kami telah mencuba fungsi suntingan AI yang unik ini dan hasilnya nampak sangat meyakinkan.

    Satu lagi ciri yang menarik adalah kapasiti baterinya yang sebesar 7,000mAh, sangat besar untuk telefon kelas pertengahan. Kadar pengecasannya juga sangat tinggi iaitu 80W dan pengecas kadar itu turut disertakan dalam kotak.

    Sungguh pun begitu, beberapa isu yang anda perlu pertimbangkan jika anda berminat dengan telefon ini adalah ia tidak mempunyai kamera telefoto, jadi prestasi zumnya mungkin tidak bagus seperti telefon lain yang dilengkapi lensa tersebut. Selain itu, ia hanya menerima kemas kini Android selama tiga tahun sahaja.

    Jika anda berminat dengan telefon ini dan juga anda meminati siri televisyen Game of Thrones (GOT), jangan lupa untuk lihat pada realme 15 Pro Game of Thrones Edition yang dijual pada harga RM2,499! Ia lengkap dengan aksesori bertemakan GOT dan telefon ini mempunyai banyak hiasan yang diinspirasikan daripadanya.

    HONOR 400

    Jika anda berminat untuk mencari telefon kelas pertengahan dengan pelbagai fungsi AI untuk kegunaan harian anda, HONOR 400 yang bermula RM1,899 boleh memenuhi kehendak tersebut. Satu ciri menarik adalah AI Image to Video yang boleh menukarkan gambar kepada sebuah video pendek yang nampak meyakinkan.

    Selain itu, ia mempunyai pemprosesan AI Harcourt Portrait yang boleh hasilkan warna sangat unik untuk gambar-gambar potret anda, berdasarkan warna Harcourt Studio di Paris. Sewaktu membuat panggilan video pula, ia mempunyai AI Deepfake Dectection yang boleh beri amaran jika anda sedang membuat panggilan video daripada sumber palsu atau deepfake.

    Ia mempunyai kamera utama 200MP yang boleh tangkap gambar dengan butiran tinggi, bateri besar 6,000mAh yang boleh tahan lama dan kadar pengecasan 80W yang boleh mengecas penuh dalam masa bawah sejam.

    Walaupun dengan spesifikasi yang canggih ini, kami merasakan ia mempunyai rekaan dan pilihan warna yang agak biasa dan tidak menonjol.

    Inilah dia lima telefon pilihan kami untuk kategori telefon kelas pertengahan terbaik untuk 2025. Adakah anda bersetuju dengan pilihan kami? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...