More

    Telefon misteri ASUS dengan cipset Snapdragon 865 Plus muncul di Geekbench

    Masihkah anda ingat tentang penularan berita mengenai markah AnTuTu yang tinggi, ASUS ROG Phone 3 didakwa menggunakan cipset Snapdragon 865 Plus? Terkini, telefon pintar ASUS misteri telah muncul di GeekBench dengan dakwaan janaan cipset yang sama.

    Markahnya di Geekbench memperlihatkan nilai yang tinggi daripada peranti bercipset Snapdragon 865 yang biasa. Peranti misteri dengan nombor model ASUS ZF ini didakwa sebagai ASUS ROG Phone 3.

    Markah Geekbench untuk peranti misteri ASUS
    Markah Snapdragon 865 untuk dibandingkan dengan markah Geekbench yang didakwa Snapdragon 865 Plus

    Jika ianya adalah cipset Snapdragon 865 Plus, kelajuannya bakal mencapai 3.1GHz melalui satu teras (single core). Namun, markah CPU lain mempunyai markah yang sama dengan Snapdragon 865.

    Apa pun, kesemua yang dinyatakan adalah jangkaan berdasarkan hasil di Geekbench. Apakah pandangan anda? Adakah Snapdragon 865 Plus bakal diumumkan kelak? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured