More

    Telefon misteri dalam Legasi: Bomba The Movie disahkan sebagai HONOR X9d 5G bakal dilancar di Malaysia

    Hari ini, HONOR mengesahkan bahawa telefon pintar misteri yang muncul dalam filem Legasi: Bomba the Movie serta semasa perarakan Hari Kebangsaan bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia baru-baru ini ialah HONOR X9d 5G.

    Peranti baharu dalam siri X ini diiktiraf sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia dan bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2022, siri X berjaya mengubah jangkaan pengguna terhadap peranti kelas pertengahan dengan menawarkan prestasi, gaya dan ketahanan yang seimbang, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris selama tiga tahun berturut-turut.

    HONOR X9d 5G hadir dengan peningkatan lebih tahan lasak melalui kerangka yang diperkuatkan dan paparan ultra-kukuh generasi baharu, selain menawarkan prestasi yang lebih lancar serta bateri bertaraf industri untuk kegunaan sepanjang hari. Sambutan terhadap peranti ini semakin hangat dan HONOR bakal mengumumkan butiran lanjut dalam masa terdekat.

    Orang ramai boleh mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini serta menjadi antara yang terawal menyaksikan pelancaran rasmi telefon pintar ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...