More

    Telefon pintar ‘flagship’ 2021 akan menjadi lebih mahal dari tahun ini!

    Setiap tahun, harga telefon pintar flagship semakin meningkat dan meningkat. Untuk telefon pintar jenama Xiaomi, kita dapat melihat perkara ini berlaku buat kali pertama untuk tahun ini dengan siri Xiaomi Mi 10 yang mempunyai harga yang lebih tinggi dari sebelumnya.

    Telefon pintar flagship tahun ini dikatakan menaik disebabkan menggunakan cipset Snapdragon 865 yang dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding cipset generasi sebelumnya.

    Kini, sumber menunjukkan sebuah dokumen yang ditanda tangan oleh pihak Xiaomi yang menyatakan harga cipset Snapdragon 875 pula akan dijual pada harga $250, kenaikan yang tinggi berbanding cipset Snapdragon 865 yang hanya dijual pada harga $150. Perbezaan harga ini dijangka bakal menaikkan harga telefon pintar flagship 2021 sebanyak $100. Walau bagaimanapun, banyak faktor perlu diambil kira untuk meletakkan harga pada sesebuah telefon pintar termasukkan teknologi baru yang digunakan.

    Snapdragon 875 dijangka akan hadir dengan sebuah processor Super-Core Cortex-X1 yang mempunyai kenaikan prestasi sebanyak 30% daripada Cortex-A77. Super-Core Cortex-X1 ini akan menggabungkan tiga teras Cortex-A78 dan empat teras cekap dengan susunan teras 1+3+4.

    Bagaimana dengan berita yang kurang baik ini? Andakah anda akan membeli telefon pintar flagship pada tahun hadapan? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured