Nokia mungkin kelihatan seperti tidak mendapat sambutan di negara Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku di negara lain. Nokia masih bergiat aktif dalam arena telefon pintar. Terkini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa HMD Global bakal mengeluarkan peranti Nokia yang dilengkapi cipset siri Dimensity 800.
Untuk pengetahuan anda, siri cipset Dimensity tersebut terdiri daripada Dimensity 800 dan Dimensity 820. Jadi, kami masih tidak mengetahui maklumat tepat, sama ada Dimensity 800 atau Dimensity 820 yang akan mengoperasikan peranti Nokia akan datang.
Kami juga tidak dapat menjangkakan peranti Nokia dengan siri manakah yang bakal dihuni cipset ini. Hal ini kerana Nokia 7.3 dikhabarkan bakal hadir dengan Snapdragon 765, manakala Nokia 6.3 dengan Snapdragon 730.
Apa pun, kami pasti tentang kewujudan khabar berita pada hari-hari akan datang yang bakal membawa kejelasan maklumat ini. Memandangkan siri Dimensity 800 adalah cipset 5G yang berpatutan, peranti Nokia tersebut juga mungkin bakal hadir dengan harga berpatutan.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina






