More

    Telefon pintar Samsung kini boleh dibeli pada harga serendah… RM20!

    Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang tular dalam media sosial, menunjukkan sepasang kekasih yang bertengkar kerana pihak lelaki telah membeli telefon yang kononnya berharga RM20 sahaja, tanpa pengetahuan teman wanitanya. Besar kemungkinan, orang lelaki itu telah beli telefon Samsung dengan harga RM20 sahaja, tanpa sebarang caj atau syarat-syarat tambahan!

    Jika anda berminat untuk beli telefon dengan harga yang sama, Samsung Malaysia ingin menawarkan telefon pintar Samsung Galaxy A56 5G pada harga serendah RM20 sahaja! Ya, ini betul, bukan sebuah scam, dan dalam artikel ini kami akan ajar anda bagaimana untuk lakukannya.

    Guna Samsung Wallet untuk transaksi harian anda

    Pertama sekali, anda harus membayar sebarang transaksi dalam kehidupan seharian anda menggunakan aplikasi Samsung Wallet. Ini adalah cara untuk mengumpul mata Samsung Rewards yang akan memudahkan anda untuk beli telefon Samsung pada harga yang sangat murah.

    Dengan setiap transaksi yang dilakukan dalam Samsung Wallet, tidak kisahlah berapa jumlah atau nilai transaksi, anda layak menerima sehingga 40 mata Samsung Rewards. Jumlah mata ini bergantung kepada tahap keahlian (Tier) anda dalam Samsung Wallet, sama ada Bronze, Silver atau Gold. Mereka yang memiliki keahlian Gold Tier boleh menerima sehingga 40 mata dalam setiap transaksi.

    Setiap bulan, anda boleh kumpul sehingga 2,000 mata. Anda hanya perlu melakukan sekitar 50 transaksi untuk mencapai jumlah mata tersebut. Dalam sebulan sahaja, anda pasti akan melakukan lebih daripada 50 transaksi dan jika anda membayarnya dengan Samsung Wallet, anda akan kumpul 2,000 mata dengan sangat mudah.

    Beli telefon dengan mata Samsung Rewards!

    Jika anda sudah pun kumpul jumlah mata Samsung Rewards yang besar, anda boleh gunakannya untuk beli sebarang peranti Samsung, termasuklah telefon pintar Samsung Galaxy A56 5G. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya:

    1. Gunakan Samsung Wallet untuk buat pembayaran di mana-mana.
    2. Setiap pembayaran, tidak kisah jumlahnya, akan memberikan anda jumlah mata tertentu sehingga 40 mata Samsung Rewards (untuk ahli Gold Tier). 40 mata membawa nilai RM1.20.
    3. Teruskan guna Samsung Wallet. Anda boleh dapatkan sehingga 2,000 mata dalam waktu sebulan.
    4. Apabila anda memiliki jumlah mata yang cukup, anda boleh gunakannya untuk bayar 99% daripada harga peranti Samsung yang anda inginkan.

    Untuk makluman, 40 mata bersamaan dengan RM1.20. Jika anda ingin membeli peranti Samsung, anda boleh membayarnya dengan mata Samsung Rewards untuk 99% daripada harga peranti tersebut.

    Sebagai contoh, untuk Samsung Galaxy A56 5G yang berharga RM1,999, ia boleh dibayar sehingga 99% dengan mata Samsung Rewards sebanyak 65,967 mata (bersamaan RM1,979). Maksudnya, anda hanya perlu menggunakan wang untuk bayar baki sebanyak 1% yang berjumlah RM20 sahaja!

    Gunakan mata Samsung Rewards yang terkumpul sebagai bayaran untuk beli Samsung Galaxy A56 5G
    Akhirnya, anda hanya perlu bayar RM20.01 untuk beli Galaxy A56 5G!

    Dalam erti kata lain, anda tidak perlu berbelanja besar untuk beli telefon ini, sebaliknya anda sekadar gunakan mata terkumpul yang diraih berdasarkan transaksi-transaksi sebelum ini dalam Samsung Wallet dan bayar RM20.01 sahaja untuk melengkapkan pembayaran.

    Untuk mengumpul jumlah mata yang besar itu, anda perlu mengumpul mata selama sekitar 33 bulan. Jadi, jika anda sudah menggunakan Samsung Wallet sejak beberapa tahun lepas untuk melengkapkan segala transaksi, anda mungkin sudah layak untuk beli telefon dengan harga serendah RM20 sahaja sekarang.

    Bukan itu sahaja, mata Samsung Rewards boleh digunakan untuk beli pelbagai jenis peranti Samsung seperti tablet, fon telinga wayarles, jam tangan pintar, power bank dan banyak lagi. Berikut adalah senarai peranti Samsung yang boleh didapati dengan kaedah ini:

    PerantiHarga99% (Mata)1% (RM)Tempoh yang dianggarkan (bulan)
    Galaxy A56RM1,99965,96719.9933
    Galaxy Tab A9 (LTE, 8.7″)RM59919,7675.9910
    Galaxy Buds3RM49916,4674.998
    Galaxy Buds FERM39913,1673.997
    Galaxy Fit3RM2999,5672.995
    45W Power AdapterZRM2197,2272.194
    10,000mAh Battery PackRM1595,2471.593
    Galaxy SmartTag2RM1494,9171.492
    25W Power Adapter (tanpa kabel)RM892,9370.891
    Sarung lutsinar Galaxy A56RM692,2770.691

    Masa untuk guna girl math: Beli telefon best dengan harga sangat murah!

    Jika anda tidak memiliki jumlah mata Samsung Rewards yang besar sekarang untuk beli telefon atau gajet Samsung pada harga yang mampu milik, usah risau. Jom gunakan girl math untuk beli peranti Samsung nanti: mula gunakan Samsung Wallet pada hari ini untuk segala transaksi anda, kumpul mata dan apabila anda ingin beli telefon baru kelak, anda boleh gunakan sahaja mata Samsung Rewards untuk membayarnya.

    Jadi adakah anda berminat dengan Samsung Rewards ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...