More

    Telefon Redmi baru dengan cas pantas 22.5W dapat pengiktirafan 3C China

    Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi mempunyai beberapa peranti yang dalam perancangan untuk dirasmikan di pelbagai pasaran. Siri Redmi K50, Redmi Note 11E Pro dan Redmi 10A turut menunggu giliran untuk dilancarkan. Maklumat terkini mendedahkan bahawa peranti Xiaomi baharu dengan 22041219C telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa 3C China. Menurut laporan Xiaomiui pada bulan lepas, 22041219C akan tiba sebagai peranti di bawah jenama Redmi.

    Pensijilan 3C Redmi 22041219C menunjukkan bahawa ia akan menjadi telefon mesra bajet. Ia telah muncul dengan pengecas 22.5W dalam pangkalan data 3C. Namun, penyenaraian tidak mempunyai sebarang maklumat lain mengenai spesifikasinya.

    Terdapat beberapa telefon Redmi baharu yang mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi di China. Siri K50, Redmi K50 (nombor model 22021211RC) yang mungkin dikuasakan oleh cipset Dimensity 8000 dan Redmi K50 Pro (nombor model 220411211AC) mungkin dikuasakan oleh cipset Snapdragon 870. Redmi K50 Pro+ (nombor model 22011211C) dikesan dengan pengecas pantas 120W bulan ini. Ia berkemungkinan menampilkan cipset Dimensity 9000.

    Redmi Note 11E Pro (nombor model 2201116SC) dilihat membawa pengecas 67W. Telefon bimbit ini dikatakan sebagai versi penjenamaan semula Redmi Note 11 Pro 5G global yang menampilkan cipset Snapdragon 695. Redmi 10A (nombor model 220233L2C) merupakan peranti 4G LTE yang muncul dengan pengecas 10W pada 3C. Ia dijangka akan menampilkan cipset Helio G25.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...