More

    Telefon tahan lasak DOOGEE S96 Pro dilancar: Kamera inframerah ‘Night Vision’ berharga ~RM1,249

    Jika anda adalah seorang pengguna atau peminat telefon pintar tahan lasak, anda mungkin mengenali jenama DOOGEE. DOOGEE kini melancarkan DOOGEE S96 Pro sebagai sebuah varian telefon pintar tahan lasak dengan keistimewaannya; kamera inframerah Night Vision.

    Hampir kesemua spesifikasi yang diperlukan untuk sebuah telefon pintar tahan lasak hadir pada S96 Pro ini termasuklah standard MIL-STD 810G, rating IP68 dan IP69K. Apa yang menariknya, terdapat sensor sensitif cahaya Sony IMX350 pada salah satu tetapan empat kamera di belakang dengan empat cahaya inframerah dan empat cahaya LED. Kesemua tetapan ini dapat menghasilkan gambar yang jelas walaupun dalam keadaan gelap-gelita.

    Anda boleh menyemak spesifikasi asas DOOGEE S96 Pro seperti di bawah.

    • Cipset Mediatek Helio G90
    • RAM 8Gb + storan 128Gb
    • Paparan LCD 6.22 inci beresolusi 720 x 1520 piksel
    • Kamera utama Samsung 48MP + Sony IMX350 Night Vision + 8MP ultra lebar 130 degree + 2MP sensor kedalaman
    • Kamera swafoto 16MP
    • Rating IP68 dan IP69K
    • Tahan lasak standard MIL-STD 810G
    • Bateri 6350mAh
    • Android 10
    • Sensor cap jari di sisi, Face Unlock
    • Pilihan warna Fire Orange, Army Green dan Mineral Black

    Untuk pengetahuan anda, kelengkapan spesifikasi pada S96 Pro membolehkan ianya jatuh ke atas permukaan konkrit dari ketinggian 1.8m tanpa sebarang masalah. Ia juga boleh bertahan walau dalam keadaan suhu yang ekstrem.

    DOOGEE S96 Pro dijual dengan tanda harga $299.99 (~RM1,249) di AliExpress. Apakah pandangan anda mengenai telefon tahan lasak dengan kamera Night Vision ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured