More

    Telegram perkenal ciri Carian Pos Awam, Album Story dan Penilaian Profil

    Telegram telah memperkenalkan beberapa ciri baharu menerusi kemas kini terbaru versi 11.14.0 termasuk fungsi Carian Pos Awam, Album Story, Koleksi Hadiah, Penilaian Profil dan peningkatan untuk pembangun menerusi BotFather Mini App.

    Antara fungsi paling menonjol ialah Carian Pos Awam yang membolehkan pengguna khususnya pelanggan Telegram Premium mencari kandungan daripada saluran awam yang mereka tidak ikuti. Tab khas “Posts” ditambah dalam carian dan pengguna boleh membuat sehingga 10 carian harian secara percuma. Carian tambahan boleh dibuat dengan pembelian menggunakan sistem Stars.

    Ciri Album Story pula membolehkan pengguna menyusun story ke dalam koleksi tematik pada profil atau saluran. Ia sesuai digunakan untuk menyusun sorotan seperti percutian, koleksi meme atau katalog produk memberikan paparan yang lebih teratur dan menarik kepada pengikut.

    Telegram turut memperkenalkan Koleksi Hadiah yang mengumpulkan hadiah digital ke dalam kategori tertentu berdasarkan tema, kegunaan atau tahap rare. Satu hadiah boleh berada dalam beberapa koleksi dan pengguna boleh menapis mengikut kategori pilihan mereka.

    Satu lagi ciri baharu ialah Penilaian Profil yang memberikan lencana kepada pengguna berdasarkan transaksi yang dilakukan menggunakan Telegram Stars. Sistem ini dilihat dapat meningkatkan kebolehpercayaan dalam kalangan pencipta kandungan dan pelanggan Suggested Posts.

    Untuk pembangun, Telegram kini melancarkan BotFather sebagai Mini App yang membolehkan tetapan bot dan aplikasi diurus dengan lebih intuitif. Fungsi ini menyokong tetapan ikon, maklumat langganan, paparan skrin penuh, geolokasi dan banyak lagi, terus dari antara muka yang lebih mesra pengguna.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...