More

    Telegram perkenal lencana khas untuk akaun rasmi, bendung jenayah “scammer”

    Dua tahun lalu, Twitter memperkenalkan “Verified Organizations” yang kini dikenali sebagai “X Verified Organizations”. Ia merupakan pelan langganan tambahan untuk akaun milik syarikat atau jenama bagi mendapatkan lencana biru rasmi di profil mereka. Kini, Telegram turut memperkenalkan ciri serupa bagi melindungi akaun rasmi daripada penipuan dan jenayah siber.

    Menurut Telegram, akaun yang layak menerima lencana khas ini termasuk perkhidmatan bot yang diiktiraf. Akaun tersebut akan dilengkapi dengan ikon unik yang boleh ditekan untuk memberikan penjelasan tentang pengiktirafan tersebut dan tujuan penggunaannya.

    Berbeza dengan platform lain, Telegram tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan lencana khas ini dan hanya memerlukan permohonan. Selain ciri keselamatan ini, Telegram juga terus memperluaskan sokongan terhadap teknologi web3.

    Antara penambahbaikan terkini termasuk ciri mendapatkan NFT, memberikan NFT sebagai hadiah, reaksi terhadap mesej perkhidmatan seperti jemputan panggilan dan penerimaan hadiah serta penapisan mesej mengikut mesej peribadi, saluran atau kumpulan.

    Telegram turut memperkenalkan sokongan penggunaan emoji sebagai nama fail dan aplikasi kamera Telegram yang mampu mengimbas kod QR secara langsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured