More

    Telegram perkenalkan pelbagai fungsi baharu sempena 2023

    Perkhidmatan permesejan Telegram memperkenalkan banyak fungsi-fungsi baharu sempena kehadiran tahun baharu 2023. Berikut adalah senarai fungsi yang ditawarkan untuk para penggunanya:

    Kaburkan gambar

    Pengguna kini boleh kaburkan sebarang gambar yang dihantar dengan fungsi spoiler formatting. Apabila menerima sebuah mesej dengan fungsi tersebut, penerima hanya akan nampak sebuah imej yang kabur. Untuk melihat gambar sebenar, penerima hanya perlu klik sekali pada imej tersebut.

    Ini mungkin amat berguna sewaktu membuka foto yang sensitif di kawasan awam.

    Pilih gambar profil unik untuk kenalan

    Pengguna kini boleh tetapkan gambar profil unik untuk semua kenalan mereka. Hanya anda yang boleh lihat gambar profil ini, ia tidak akan berubah untuk profil awam buat kenalan tersebut.

    Pengguna juga boleh tetapkan sebuah gambar khas pada profil untuk dijadikan gambar awam yang boleh dilihat oleh semua orang. Gambar profil boleh ditetapkan untuk dilihat secara awam, kenalan sahaja atau tiada sesiapa pun.

    Kecilkan penggunaan storan

    Para pengguna kini boleh membuang semua gambar, video dan dokuman yang diterima melalui Telegram, kemudian memuat turun semula fail-fail tersebut daripada Telegram cloud. Pengguna boleh letak tetapan auto buang chached media secara berasingan daripada Private Chats, Groups dan Channels.

    Untuk bantu pengguna menilai storan dengan lebih jelas, Telegram turut mempunyai sebuah carta pai yang menunjukkan penggunaan storan oleh jenis fail berlainan seperti video, gambar, dokumen, audio dan banyak lagi.

    Fungsi lukisan baharu

    Telegram kini mempunyai alat lukisan (drawing tools) yang lebih teliti. Ketebalan garisan akan berubah mengikut kelajuan anda melukis, manakala garisan juga akan diratakan secara automatik.

    "
    "

    Pengguna juga boleh gunakan alat kabur (blur tool) untuk buang informasi sensitif atau orang yang tidak diingini dalam gambar. Untuk memilih warna, pengguna boleh guna eyedropper tool dan empat lagi alat baharu.

    Sewaktu menulis teks, pengguna boleh mengubah saiz, muka taip dan latar belakang huruf. Pengguna juga boleh letakkan emoji yang beranimasi walaupun jika tidak melanggan kepada Telegram Premium.

    Kumpulan yang lebih selamat

    Kumpulan mesej yang mempunyai lebih daripada 100 ahli kini akan menyembunyikan senarai nama ahlinya, supaya ia dapat mengurangkan penyebaran spam.

    Selain semua ciri-ciri di atas, Telegram turut memberikan animasi emoji baharu serta animasi yang lebih lancar untuk telefon Android.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Telegram

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...