More

    Telegram sedia bekerjasama dengan SKMM dan PDRM bagi membendung jenayah siber

    Perkhidmatan pemesejan Telegram akan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber dan penularan kandungan yang menyalahi undang-undang.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil selepas beliau menemui pihak Telegram di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman pada hari ini. Beliau menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan, pedofilia, pornografi dan jenayah lain berlaku dalam aplikasi tersebut.

    Turut serta dalam pertemuan itu ialah Pengerusi SKMM Tan Sri Salim Fateh Din, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan beberapa pegawai tertinggi PDRM.

    Fahmi turut berkata bahawa jumlah kerugian yang ditanggung oleh rakyat Malaysia akibat daripada aktiviti penipuan menerusi Telegram telah mencapai RM45 juta, jika dilihat dalam tempoh Januari 2020 hingga Mei 2023.

    Beliau berharap pertemuan bersama Telegram ini akan memulakan kerjasama rentas agensi bagi memastikan aplikasi pemesejan itu lebih selamat digunakan oleh rakyat Malaysia, dan tidak lagi membenarkan penjenayah bersembunyi di sebalik identiti palsu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured