More

    Teleskop JUST dari China bakal teroka exoplanet alam semesta dalam 2 tahun

    Jiaotong University Spectroscopic Telescope (JUST) yang dicipta di China bukan hanya untuk melihat tetapi untuk benar-benar memahami alam semesta. Teleskop berkuasa ini ditetapkan untuk menjadi peneraju utama China pada bidang kosmos dan bakal digunakan pada tahun 2026.

    Terletak di atas Gunung Saishiteng, JUST mempunyai lensa panjang 4.4 meter dan ia boleh bertukar antara fokus dengan cepat. Kecepatannya membolehkan rakaman detik-detik singkat di alam semesta seperti kemunculan bintang yang baru lahir.

    Ia juga dilengkapi dengan spektrometer super sensitif yang mana ia boleh memecahkan cahaya dari objek jauh. Buat masa ini, JUST boleh dikatakan sebagai juara pemburu eksoplanet. Penyelidikan seperti ini menolak sempadan pengetahuan manusia dengan mendedahkan rahsia alam semesta dan kedudukan spesifisik dunia kita.

    Dengan JUST dan JWST (Teleskop Angkasa James Webb), kita mungkin berada di puncak untuk membuka beberapa misteri terbesar alam semesta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XINHUANET

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...