More

    Tema Facebook klasik akan meninggalkan kita mulai September ini

    Anda pastinya sudah mula mendapat notifikasi untuk beralih ke wajah baharu Facebook di komputer anda. Antara muka Facebook yang baharu memperkenalkan aturan yang kelihatan lebih ringkas dan minimal. Anda mungkin perlu mula membiasakan diri dengannya memandangkan wajah Facebook ‘Classic’ bakal berakhir pada September ini.

    Terdahulu, Facebook hanya mengaplikasi mod gelap pada Facebook Lite sahaja. Dengan wajah baharu Facebook, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan mod gelap atau mod biasa bergantung kepada citarasa anda.

    Suka atau tidak, perlu anda ketahui bahawa wajah Facebook lama bakal meninggalkan kita mulai September ini. Apa pun, warna biru baharu yang lebih segar dan muda berbanding tema biru Facebook lama lebih menyegarkan mata!

    Apa pula pendapat anda? Bersediakah untuk beralih ke antara muka Facebook baharu sepenuhnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Facebook yang mula gabungkan Instagram dan Messenger.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...