More

    Tembok ekosistem Apple runtuh, peranti HONOR kini boleh pindah fail secara terus

    HONOR secara rasmi meruntuhkan tembok ekosistem dengan menjadi jenama telefon pintar pertama yang membolehkan ketersambungan terus antara peranti mercu terbaharunya dengan iPhone, iPad dan Mac. Melalui teknologi HONOR AI Connect yang diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) 2026, pengguna kini boleh memindahkan fail media resolusi tinggi dan dokumen kompleks secara lancar tanpa bergantung kepada emel atau aplikasi pihak ketiga.

    Inovasi diterajui oleh tiga peranti utama iaitu HONOR Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026) yang membolehkan interaksi rentas platform dilakukan secara automatik. HONOR Magic V6 menawarkan fungsi OneTap Transfer untuk menghantar fail terus ke desktop Mac serta membolehkan paparan skrin telefon dipancarkan pada komputer untuk tujuan multi-tugas.

    Sementara itu, HONOR MagicPad 4 boleh berfungsi sebagai paparan tambahan wayarles bagi Mac atau digunakan untuk mengambil fail secara langsung daripada iPhone bagi tujuan penyuntingan mudah alih. Bagi komputer riba MagicBook Pro 14 pula, pengguna boleh menghantar dokumen atau imej ke iPhone dan iPad hanya dengan satu klik melalui protokol HONOR Share.

    Peralihan teknologi ini membolehkan aliran kerja seperti rakaman foto di telefon, suntingan di Mac dan penggunaan tablet sebagai galeri sekunder dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja. Trio mercu (HONOR Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026) disahkan akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

    Sama-sama nantikan pengumuman rasmi daripada HONOR Malaysia tentang ketersediannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured