More

    Tempahan awal Grab Ride ke lapangan terbang tidak akan dapat digunakan mulai 18 September 2023

    Nampaknya, Grab mengumumkan dalam aplikasinya berkenaan tempahan awal ke lapangan terbang tidak akan dapat digunakan mulai 18 September 2023. Perkhidmatan ini dilumpuhkan buat sementara waktu yang mungkin membawa beberapa kemas kini pada masa akan datang.

    Buat masa ini, kami tidak ketahui jangka masa untuk hal ini. Bagi mereka yang telah membuat tempahan awal sebelum 18 September 2023, ia masih boleh digunakan sehingga 25 September 2023 jam 11:59 malam. Selepas itu, fungsi tersebut akan dilumpuhkan sehingga diberitahu kelak.

    Sekiranya anda semak aplikasi sekarang, tempahan standard Grab Ride ke KLIA atau KLIA 2 di Grab masih boleh dilakukan seperti biasa. Kami berharap isu ini tidak mangambil masa yang lama terutamanya bagi penumpang yang mempunyai penerbangan lewat malam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured