More

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini sedang ditambah di HONOR Experience Stores, laman web rasmi, pengedar sah serta kedai rasmi Shopee, Lazada dan TikTok Shop menjelang jualan rasmi pada 9 Oktober 2026.

    HONOR X9e Pro ditawarkan pada harga RM1,899 (256GB) dan RM2,399 (512GB) dalam empat warna iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Ia turut menyokong ansuran 0% selama 12 bulan bermula RM158.25 sebulan. Sempena jualan rasmi, pembeli menerima hadiah bernilai RM1,326 merangkumi HONOR Watch 6i, rebat RM100 dan HONOR Rakyat Care+.

    Peranti ini menampilkan skrin 6.8 inci 120Hz dengan kecerahan sehingga 10,000 nits serta ciri AI Defocus Display, Motion Sickness Relief, Circadian Night Display dan DOT Eye Comfort Protection. Ia menawarkan RAM sehingga 24GB menerusi RAM fizikal 8GB dan HONOR Turbo RAM 16GB selain bateri silikon karbon 11,000mAh dengan pengecasan 80W dan pengecasan terbalik berwayar 27W.

    Untuk ketahanan, Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 membolehkan peranti menahan jatuhan sehingga 3 meter dan mengurangkan kerosakan skrin sehingga 82% selain pensijilan SGS 5-Star. Perlindungan IP68, IP69 dan IP69K pula membolehkan fotografi dalam air sehingga 10 meter. HONOR Rakyat Care+ menawarkan penggantian skrin depan dan belakang selama dua tahun, perlindungan kerosakan cecair selama dua tahun serta jaminan tambahan satu tahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured