Hari ini merupakan hari terakhir untu anda membuat tempahan komputer riba ultra-nipis dan ringan terbaharu daripada HUAWEI iaitu MateBook 14. Rebut peluang anda sekarang untuk menempah HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB) pada harga hanya RM3,299 (harga asal RM 3,999) di laman rasmi HUAWEI.
Sah daripada 3 Mac sehingga hari ini, pengguna juga layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM398 seperti beg galas HUAWEI, tetikus Bluetooth HUAWEI dan waranti dua tahun untuk pembelian HUAWEI MateBook 14 Intel Core i5 (16GB + 512GB).
HUAWEI MateBook 14 mempunyai paparan 14 inci yang menawarkan resolusi 2K FullView, nisbah skrin-ke-badan 90% dan nisbah aspek 3:2. Ia juga ringan dengan berat hanya 1.49kg serta kad grafik Iris Xe. Bateri 56Wh boleh dicas pantas dengan penyesuai kuasa 65W.
Selain itu, MateBook 14 turut disepadukan dengan Enjin Aplikasi Mudah Alih yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi mudah alih yang dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery. Ciri sambungan berbilang skrin tersedia membolehkan pengguna menyambung peranti mereka seperti telefon pintar, tablet, monitor atau peranti HUAWEI yang lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman tempahan bagi HUAWEI MateBook 14 di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.










