More

    Tempahan HUAWEI Pura 80 kini dibuka, harga istimewa RM2,799 dengan hadiah percuma!

    HUAWEI hari ini melancarkan HUAWEI Pura 80 di Malaysia yang melengkapkan siri selepas kejayaan Pura 80 Pro dan Ultra. Pura 80 hadir dengan rekaan flat-edge bersama kaca frosted matte disertai perlindungan Kunlun Glass generasi kedua yang 20 kali lebih tahan daripada kaca biasa.

    HUAWEI Pura 80 menonjol dengan ciri AI pintar. AI Removal boleh membuang objek tidak diingini daripada foto, AI Best Expression memilih senyuman terbaik dalam gambar berkumpulan manakala AI Gesture Control membolehkan kawalan tanpa sentuhan. AI Messaging menjaga privasi mesej dan butang AI Smart Controls memberi akses pantas kepada fungsi kegemaran dengan pengesahan cap jari.

    Pura 80 menggunakan sistem Ultra Chroma XMAGE dengan sensor 1.5 juta saluran spektrum serta teknologi XD Fusion Pro untuk warna lebih semula jadi. Ia dilengkapi Ultra Lighting Camera 50MP dengan OIS dan apertur boleh laras, ultra lebar 13MP, telefoto periskop 12MP dengan 5.5x zum optikal dan 50x zum digital. Bahagian hadapan menampilkan kamera swafoto ultra lebar 13MP.

    Skrin LTPO OLED 6.6 inci resolusi 2760×1256 pada 460 ppi menyokong kadar segar semula 1–120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 2800 nits. Bateri pula berkapasiti 5170 mAh menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan wayarles 50W melalui HUAWEI SuperCharge. Ia hadir dalam pilihan warna emas, putih dan hitam.

    HUAWEI turut mengadakan kempen jualan siri Pura 80 dari 2 Ogos hingga 31 Disember 2025 di mana pelanggan berpeluang menebus hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,978 tertakluk kepada terma. Harga rasmi HUAWEI Pura 80 ialah RM3,299, namun sepanjang tempahan sehingga 7 September, pelanggan boleh menikmati baucar RM500 menjadikan harga efektif RM2,799.

    Hadiah percuma turut diberikan termasuk HUAWEI Band 8, HUAWEI Scale 3 dan perlindungan HUAWEI Care+ selama setahun. Peranti ini boleh ditempah di semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured