More

    Tempahan Infinix NOTE 60 Ultra dibuka di Malaysia – Kamera 200MP, bateri 7000mAh dan sokongan satelit

    Infinix membuka tempahan untuk telefon pintar terbaharu Infinix NOTE 60 Ultra di Malaysia bermula 13 Mac hingga 20 Mac 2026. NOTE 60 Ultra dibangunkan melalui kerjasama dengan firma reka bentuk Itali, Pininfarina. Ia menampilkan modul kamera Uni-Chassis pertama di dunia yang menggabungkan sistem kamera, paparan Active Matrix dan susunan lampu belakang dalam satu panel kaca dengan inspirasi aerodinamik kereta sports.

    Bagi fotografi, peranti dilengkapi sensor utama Samsung ISOCELL HPE 200MP yang menyokong pengimejan resolusi ultra tinggi. Sistem periskop sehingga 100× zoom turut disertakan bersama struktur prisma terbalik bagi membolehkan tangkapan subjek dari jarak jauh tanpa menjejaskan reka bentuk nipis peranti.

    Selain itu, NOTE 60 Ultra menampilkan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate 5G dengan seni bina lapan teras, paparan 1.5K Ultra HDR dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits serta bateri silikon-karbon berkapasiti 7000mAh iaitu kapasiti terbesar pernah digunakan pada peranti Infinix setakat ini.

    Baterinya menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan wayarles 50W. Menariknya, NOTE 60 Ultra menyokong komunikasi satelit dua hala melalui kerjasama dengan Thuraya untuk membolehkan panggilan serta mesej dihantar walaupun tanpa liputan rangkaian selular.

    NOTE 60 Ultra dijual pada harga RM2,999 bagi konfigurasi 12/512GB dengan pembeli awal ditawarkan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,097. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...