More

    Tempahan Proton e.MAS 7 kini dibuka kepada rakyat Malaysia, harga anggaran RM120k

    Pada Auto Car Expo (ACE) 2024, Proton e.MAS 7 telah dipertontonkan dan Proton mengumumkan tempahan kini dibuka kepada rakyat Malaysia. Acara ini berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City menyusuli kejayaan jelajah e.MAS 7 yang telah menempuh lebih 3,200 km.

    Proton e.MAS 7 dijual pada harga menarik RM 120,000, dengan tawaran Pioneer Privilege Deal yang memberikan rebat RM 500 dan Gift Pack bernilai RM 1,000 untuk pelanggan awal. PRO-NET juga melancarkan Aplikasi e.MAS yang memudahkan pengurusan tempahan dan servis kenderaan serta akses kepada rangkaian pengecasan EV di Malaysia.

    Proton e.MAS 7 direka dengan ciri canggih termasuk motor elektrik berkuasa 160 kW yang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat serta sistem keselamatan terkini seperti Bateri Aegis Short Blade dan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Tahap 2. Ruang dalaman yang luas dan praktikal menawarkan keselesaan dengan sistem bunyi Flyme dengan 16 pembesar suara.

    Sambutan terhadap Proton e.MAS 7 amat memberangsangkan menjelang pelancaran rasminya. Pengunjung boleh merasai pengalaman ini di ACE 2024 pada 26 dan 27 Oktober di SCCC. Ikuti media sosial rasmi Proton e.MAS untuk kemas kini terkini mengenai jelajah ini.

    Sila layari laman rasmi Proton e.MAS untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured