More

    Tempahan Proton eMas 5 bermula 4 Oktober ini, harga dijangka bawah RM85k

    Proton mengumumkan bahawa kereta elektrik terbaharunya, Proton eMas 5, akan dibuka untuk tempahan pada 4 Oktober 2025. Majlis pelancaran tempahan akan berlangsung secara siaran langsung di Facebook dan TikTok pada jam 8 malam yang dianjurkan oleh Pro-Net.

    Model yang dibangunkan daripada Geome Xingyuan (atau dikenali juga sebagai Geely EX2) ini digelar sebagai “EV mampu milik pertama di Malaysia” dengan harga dijangka bawah RM85,000. Proton eMas 5 ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dengan bateri 40.16 kWh (jarak WLTP 325 km) dan motor 116 PS/150 Nm serta Prime dengan bateri 30.12 kWh (jarak WLTP sekitar 250 km) dan motor 79 PS/130 Nm.

    Kedua-dua varian menggunakan bateri LFP daripada CATL dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 71 kW yang membolehkan pengecasan 30% ke 80% hanya dalam 21 minit. Antara ciri utama ialah sistem operasi Atlas dwibahasa (BM dan Inggeris), skrin sesentuh 14.6 inci 1080P, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, peta pengecasan terbina dan tailgate berkuasa.

    Model ini juga menampilkan ruang but 375 liter (lebih besar daripada Proton X50), frunk 70 liter dan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dengan suspensi multi-link. Batch awal eMas 5 akan diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang Geely di Xiangtan, China, sebelum beralih ke pemasangan tempatan. Namun, Proton diberikan kelonggaran untuk memastikan harga CBU ini kekal di bawah RM100,000 dan sasaran harga bawah RM85,000.

    Proton eMas 5 bakal bersaing rapat dengan model seperti BYD Atto 2, Dongfeng Box dan Wuling Bingo, namun hadir dengan kelebihan harga serta sokongan ekosistem Proton sendiri. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Proton eMas 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...