More

    Tempahan ROG Xbox Ally dan Ally X (2025) kini dibuka, harga bermula RM2,699

    ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia hari ini mengumumkan ketersediaan rasmi dua konsol mudah alih baharu hasil kerjasama dengan Xbox iaitu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X. ROG

    Xbox Ally X menggunakan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme dengan sokongan NPU untuk fungsi kecerdasan buatan yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 30 peratus dalam permainan seperti Indiana Jones and the Great Circle serta Doom: The Dark Ages dan sehingga dua kali ganda lebih panjang dalam judul tertentu berbanding generasi terdahulu.

    ROG Xbox Ally pula dikuasakan cip AMD Ryzen Z2 A yang menumpukan kecekapan tenaga dengan peningkatan prestasi sehingga 20 peratus dalam Forza Horizon 5 dan Gears of War: Reloaded serta jangka hayat bateri sehingga 110 peratus lebih baik berbanding model sebelum ini. Kedua-duanya turut menyokong grafik AMD FidelityFX Super Resolution, Radeon Super Resolution dan AMD Fluid Motion Frames yang mampu meningkatkan kadar bingkai sehingga 60 peratus.

    ROG Xbox Ally X hadir dengan paparan 7 inci FHD 120Hz, RAM LPDDR5X-8000 24GB, storan SSD 1TB, bateri 80Wh dan port USB4 dengan sokongan Thunderbolt 4 dalam badan seberat 715 gram. Sementara itu, ROG Xbox Ally menawarkan paparan sama dengan RAM LPDDR5X-6400 16GB, storan SSD 512GB, bateri 60Wh, port USB-C Gen2 berganda dan berat 670 gram.

    Di Malaysia, ROG Xbox Ally dijual pada harga RM2,699 manakala ROG Xbox Ally X ditawarkan pada RM4,299. Kedua-dua model boleh ditempah bermula jam 8.15 malam hari ini secara eksklusif melalui ASUS e-Store manakala tempahan di pengedar sah seluruh negara dibuka dari 6 hingga 15 Oktober. Ia akan tersedia dalam pasaran bermula pada 17 Oktober 2025.

    Sepanjang tempoh tempahan, pelanggan berpeluang menerima pakej eksklusif bernilai RM999 yang mengandungi ROG SLASH Sling Bag 4.0, pelindung skrin rasmi, kad microSD 512GB dan jaminan Perfect Warranty selama dua tahun. ROG turut menyediakan promosi tambahan berupa potongan harga 20 peratus bagi pembelian aksesori terpilih seperti ROG Bulwark Dock DG300 dan ROG 65W Gaming Charger Dock.

    Aksesori rasmi turut ditawarkan dengan harga bermula RM249 untuk sarung Premium Case sehingga RM699 untuk Bulwark Dock manakala ROG SLASH Sling Bag 4.0 dijual pada harga RM359. Pelanggan juga boleh mendapatkan ASUS Jelly75 Keyboard KD201 pada harga RM399. Kesemua peranti dan aksesori ini akan mula berada di pasaran seiring dengan pelancaran rasmi pada pertengahan Oktober.

    Maklumat lanjut serta tempahan boleh dibuat melalui laman rasmi ASUS Malaysia dan saluran media sosial ROG. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured