More

    Tempoh pembayaran bil Astro dipendekkan daripada 30 hari ke 25 hari

    Perhatian kepada para pelangan Astro, tempoh pembayaran bil bulanan anda akan dipendekkan daripada 30 hari sebelum ini, kepada 25 hari sahaja selepas tarikh bil dikeluarkan.

    Tempoh pembayaran bil baharu ini akan berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2022. Perkara ini mungkin tidak akan menjejaskan mereka yang telah menetapkan bil untuk dibayar secara auto-debit, namun ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh mereka yang membayar secara manual setiap bulan.

    Keratan daripada laman web Astro

    Jika anda gagal membayar bil dalam tempoh yang ditetapkan, siaran Astro anda akan dipotong dan anda perlu membayar caj tambahan sebanyak RM21.20 apabila anda ingin mengaktifkannya semula.

    Setakat ini Astro masih tidak memberi sebarang sebab mengapa mereka bertindak memendekkan tempoh pembayaran bil. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured